Monday, March 12, 2012

duhai HAWA...


Wahai Kaum Hawa

Kita cuma An-Nisaa



Para pendosa yang terbanyak di neraka



Lantas walau tak setabah para Mujahidah


Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana padanya ada Syurga!

~~~~~~~

Walau tak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerana padanya ada Pahala!

Walau tak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerana padanya ada bahagia!

~~~~~~~~~~

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa yang hina..

Makbulkan doaku..

Aamiin..


(entry ini di cp dr facebook ~Kurangkan-agenda-menCARI-si-soleh-tetapi-berusahalah-menJADI-yang-solehah~)

No comments:

Post a Comment